International Islamic University Malaysia Engineering Journal (Jan 2022)

NUMERICAL MODELLING OF BIRD STRIKE ON A ROTATING ENGINE BLADES BASED ON VARIATIONS OF POROSITY DENSITY

  • Sharis-Shazzali Shahimi,
  • Nur Azam Abdullah,
  • Ameen Topa,
  • Meftah Hrairi,
  • Ahmad Faris Ismail

DOI
https://doi.org/10.31436/iiumej.v23i1.2146
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 1

Abstract

Read online

A numerical investigation is conducted on a rotating engine blade subjected to a bird strike impact. The bird strike is numerically modelled as a cylindrical gelatine with hemispherical ends to simulate impact on a rotating engine blade. Numerical modelling of a rotating engine blade has shown that bird strikes can severely damage an engine blade, especially as the engine blade rotates, as the rotation causes initial stresses on the root of the engine blade. This paper presents a numerical modelling of the engine blades subjected to bird strike with porosity implemented on the engine blades to investigate further damage assessment due to this porosity effect. As porosity influences the decibel levels on a propeller blade or engine blade, the damage due to bird strikes can investigate the compromise this effect has on the structural integrity of the engine blades. This paper utilizes a bird strike simulation through an LS-Dyna Pre-post software. The numerical constitutive relations are keyed into the keyword manager where the bird’s SPH density, a 10 ms simulation time, and bird velocity of 100 m/s are all set. The blade rotates counter-clockwise at 200 rad/s with a tetrahedron mesh. The porous regions or voids along the blade are featured as 5 mm diameter voids, each spaced 5 mm apart. The bird is modelled as an Elastic-Plastic-Hydrodynamic material model to analyze the bird’s fluid behavior through a polynomial equation of state. To simulate the fluid structure interaction, the blade is modelled with Johnson-Cook Material model parameters of aluminium where the damage of the impact can be observed. The observations presented are compared to previous study of a bird strike impact on non-porous engine blades. ABSTRAK: Penyelidikan berangka telah dijalankan ke atas bilah enjin berputar tertakluk kepada impak pelanggaran burung. Pelanggaran burung tersebut telah dimodelkan secara berangka sebagai silinder gelatin dengan hujungnya berbentuk hemisfera demi mensimulasikan impaknya ke atas bilah enjin yang berputar. Pemodelan berangka bilah-bilah enjin yang berputar tersebut menunjukkan bahawa pelanggaran burung mampu menyebabkan kerosakan teruk terhadap bilah enjin terutamanya apabila bilah enjin sedang berputar oleh sebab putaran menghasilkan tekanan asal di pangkal bilah enjin. Kajian ini mengetengahkan pemodelan berangka ke atas bilah-bilah enjin tertakluk kepada pelanggaran burung terhadap bilah-bilah enjin yg mempunyai keliangan demi menyelidik dan menilai kerosakan kesan daripada keliangan tersebut. Keliangan juga mempengaruhi tahap-tahap desibel ke atas bilah kipas ataupun bilah enjin, kerosakan hasil serangan burung boleh menterjemah tahap ketahanan struktur integriti bagi bilah-bilah enjin tersebut. Penyelidikan ini mengguna pakai perisian “LS-Dyna Pre-post” untuk simulasi pelanggaran burung. Hubungan konstitutif berangka telah dimasukkan sebagai kata kunci di mana ketumpatan SPH burung, masa simulasi 10ms, dan halaju burung ditetapkan kepada 100 m/s. Bilah tersebut berputar pada 200 rad/s arah lawan jam dengan jejaring tetrahedron. Kawasan berliang atau kosong di sepanjang bilah ditetapkan diameternya kepada 5 mm, dan dijarakkan 5 mm di antara satu sama lain. Burung pula dimodelkan sebagai material “Elastic-Plastic-Hydrodynamic” untuk mengkaji sifat bendalir burung melalui persamaan polinomial. Demi mensimulasi interaksi struktur bendalir, bilah tersebut dimodelkan sebagai parameter aluminium material “Johnson Cook” di mana kerosakan daripada impak tersebut dapat diteliti. Penelitian-penelitian tersebut dibandingkan dengan kajian terdahulu ke atas serangan burung terhadap bilah-bilah enjin tidak berliang.

Keywords