Al-Banjari: Jurnal Ilmiah Ilmu-Ilmu Keislaman (Dec 2018)

ALTERNATIF MENANGANI INDIVIDU GELANDANGAN DAN BERISIKO BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN HADIS

  • Rafiza Mohamed,
  • Nor Faridah Mat Nong,
  • Jaffary Awang,
  • Ahmad Sunawari Long,
  • Zaizul Ab Rahman

DOI
https://doi.org/10.18592/al-banjari.v17i2.1479
Journal volume & issue
Vol. 17, no. 2

Abstract

Read online

Persekitaran, ekonomi, hubungan sosial dan kekurangan penghayatan agama boleh mendedahkan individu kepada risiko bermasalah. Aspek penghayatan nilai agama perlu diterapkan berasaskan pendekatan al-Quran dan Hadis. Penulisan ini bertujuan meneliti kelompok gelandangan dan kelompok yang berisiko seterusnya mengenalpasti manhaj al-Quran dan Hadis sebagai alternatif bimbingan sosial kepada mereka. Penulisan ini berbentuk kualitatif yang menggunakan teknik analisis kandungan. Justeru, manhaj ‘al hikmah’ dan ‘al din al nasihah’ dilihat sebagai salah satu bimbingan yang praktikal untuk diketengahkan. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan al-Quran dan Hadith bagi menangani permasalahan gelandangan dan berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah ‘al hikmah’ dan ‘al din al nasihah’. Penerapan yang berasaskan al-Quran dan Hadis dilihat sangat signifikan dalam menangani permasalahan individu serta kelompok tersebut. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa alternatif yang dianjurkan oleh Islam ternyata diiktiraf dan signifikan dengan individu yang bermasalah terutamanya gelandangan dan individu berisiko.

Keywords