Malaysian Journal of Syariah and Law (Apr 2023)

Mengawal Kawasan Perairan dan Wilayah Perbatasan Negara daripada Pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin

  • Mohd Hazmi Mohd Rusli,
  • Amalina Ahmad Tajudin,
  • Fareed Mohd Hassan,
  • Chaiwat Meesanthan,
  • Roman Dremliuga

DOI
https://doi.org/10.33102/mjsl.vol11no1.275
Journal volume & issue
Vol. 11, no. 1

Abstract

Read online

Malaysia merupakan negara pesisir bagi Selat Melaka dan Singapura selain Indonesia dan Singapura. Sebelum zaman penjajahan Barat, sempadan maritim yang tetap tidak wujud merentasi Selat Melaka dan Singapura. Perjanjian British-Belanda 1824 telah membahagikan Selat Melaka dan Singapura kepada dua pengaruh, yang kemudiannya menjadi wilayah-wilayah bagi negara-negara Indonesia, Malaysia dan Singapura. Di sebelah timur pula, menerusi Perjanjian 1878 dan Perjanjian 1903, Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu telah menjadi jajahan British dan akhirnya merdeka dalam Malaysia pada tahun 1963. Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian dengan negara-negara jirannya dalam menetapkan sempadan wilayah dan maritimnya. Namun, terdapat beberapa segmen kawasan maritim milik Malaysia yang sempadan maritimnya belum ditetapkan dengan jelas. Kekurangan ini boleh menimbulkan kesulitan dalam menetapkan bidang kuasa dalam kawasan maritim milik Malaysia. Dengan penularan wabak Covid-19, bertambah pentinglah batas maritim ini ditetapkan bagi mengekang kemasukan secara haram pendatang asing ke Malaysia selain menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas. Artikel ini membuat kesimpulan bahawa Malaysia harus terus bekerja lebih rapat dengan tetangga-tetangganya agar masalah perbatasan maritim dapat diselesaikan dengan tuntas.

Keywords