Journal of ICT in Education (Jun 2020)
Pengesahan Instrumen Kesediaan Guru dan Kesediaan Teknologi Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi Sekolah Menengah: Analisis Faktor Penerokaan (EFA)
Abstract
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi dalam kalangan guru reka bentuk teknologi (RBT) sekolah menengah memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Seramai 125 orang guru RBT terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.879 dan 0.722 untuk kesediaan guru dan kesediaan teknologi masing-masing iaitu kedua-duanya adalah melebihi 0.60. Keputusan daripada EFA menunjukkan empat faktor untuk konstruk kesediaan guru dan kesediaan teknologi dengan nilai Eigen masing-masing melebihi 1.0. Konstruk kesediaan guru mempunyai nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.581 > 0.5 menunjukkan item-itemnya mencukupi untuk inter-korelasi dan ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 3175.802, p 0.5, ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 1159.461, p 0.5 showed that the items were adequate for inter-correlation and that Bartlett's test was significant (Chi Square 3175.802, p 0.5, the Bartlett test was significant (Chi Square 1159.461, p <0.05), the anti-image value (Measure of Sampling Adequacy - MSA) for item correlation greater than 0.5. No items were excluded, and all four factors accounted for 70.12 percent of the overall variance. The overall findings indicate that items for teacher readiness and technological readiness can measure and answer the objectives of the study.
Keywords