Malaysian Journal of Syariah and Law (Jun 2021)
AR-RAHNU: ISU DAN PENYELESAIAN SEMASA
Abstract
Ar-Rahnu merupakan satu konsep pajak gadai yang berteraskan prinsip-prinsip Sharī‘ah. Berlainan dengan amalan pajak gadai konvensional (PGK), Ar-Rahnu menitikberatkan amalan pajak gadai yang bebas daripada elemen-elemen yang dilarang oleh Sharī‘ah seperti ribÄ dan gharar. Berdasarkan keadaan semasa di Malaysia, kajian ini ditulis untuk menghayati isu-isu penting berkaitan dengan amalan Ar-Rahnu dan penyelesaian dari aspek perbincangan secara FiqhÄ« dan kesesuaian dengan perundangan yang wujud di Malaysia. Kajian ini ditulis sebagai tambahan kepada literatur yang sedia wujud berkaitan dengan Ar-Rahnu yang didapati masih lagi sedikit. Dengan menggunakan kaedah kualitatif dan keadah analisa secara perbandingan, pengkaji-pengkaji mendapati Ar-Rahnu masih boleh diamalkan di Malaysia walaupun tanpa kewujudan undang-undang khusus. Kaedah pengharmonian di antara undang-undang sivil dan Sharī‘ah masih diperlukan dalam penghayatan amalan Ar-Rahnu bagi memastikan keberkesanan amalan ini di kalangan anggota masyarakat.
Keywords