Journal of International Studies (Jan 2020)
Islam dan Wacana Pascamodenisme
Abstract
Dunia intelektual Barat hari ini dikatakan cenderung terhadap corak pemikiran "pascamodenisme". Dapat dikatakan bahawa kecenderungan tersebut kemudiannya turut menjangkau ke dunia Timur. Dalam kalangan masyarakat Islam, kehadiran corak pemikiran "pascamodenisme" rata-rata disambut dengan reaksi yang berbelah-bahagi. Di satu pihak, kehadiran corak pemikiran tersebut disenangi dan disambut baik oleh masyarakat Islam. Di pihak yang lain, kehadiranya tetap dicurigai serta dipertikaikan dengan beberapa alasan. Sesungguhnya, reaksi ini mengundang terhadap perlunya perbincangan yang mengupas soal prinsip pemikiran "pascamodenisme", dan menilai kerelevanannya dalam kehidupan masyarakat Islam. Sehubungan itu, makalah inibertujuan membincangkan tentang corak pemikiran "pascamodenisme" dengan memberi tumpuan terhadap aspek "penolakan terhadap metanaratif' yang menjadi antara prinsip penting pemikiran tersebut. Untuk itu, makalah ini memilih untuk membincangkan wacana seksualiti yang diutarakan oleh Michel Foucault dalam bukunya bertajuk The History of Sexuality: Introduction Volume I (1978). Dengan meneliti tulisan tersebut, perbincangan ini menges an idea Foucault yang cenderung mempertikaikan beberapa prinsip penting dalam fahaman dan amalan seksualiti Barat seperti perakuan terhadap hanya orientasi seks heteroseksual, serta peminggiran orientasi-orientasi seks selain heteroseksual. Kecenderungan ini menyerlahkan prinsip corak pemikiran "pascamodenisme" yang menolak apa yang selama ini dianggap sebagai satu "metanaratif'. Dalam konteks kerangka Tauhid, kecenderungan ini menyerlahkan pertentangan corak pemikiran "pascamodenisme" dengan Islam, dan justeru kerelevanannya dengan kehidupan masyarakat Islam hari ini masih boleh dipersoalkan.