Journal of ICT in Education (Dec 2022)

Integrasi konsep kecerdasan buatan dalam reka bentuk kit E-Muhadathah untuk bukan penutur Arab

  • Siti Rahmah Borham,
  • Saipolbarin Ramli,
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani

DOI
https://doi.org/10.37134/jictie.vol9.sp.1.1.2022
Journal volume & issue
Vol. 9, no. 3
pp. 1 – 10

Abstract

Read online

Transformasi pendidikan masa kini menekankan penggunaan teknologi yang optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sejajar Revolusi Industri (RI) 4.0. Antara teknologi yang semakin berkembang pesat dalam pembelajaran bahasa seperti teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang dikenali juga dengan pemprosesan bahasa semula jadi atau Natural Language Processing (NLP). Teknologi ini diintegrasikan dalam pembangunan kit E-Muhadathah iaitu satu model simulasi perbualan bahasa Arab interaktif yang digunakan untuk membantu komunikasi pelajar bukan penutur Arab di Universiti Awam (UA) Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep kecerdasan buatan dalam pendidikan, isu dan cabaran pembangunan perisian bahasa Arab berasaskan kecerdasan buatan dan reka bentuk model kit E-Muhadathah untuk bukan penutur Arab. Kajian literatur ini menggunakan metode kepustakaan yang diperolehi daripada jurnal, prosiding, artikel, tesis dan buku secara atas talian melalui pangkalan data Google Scholar, Springer Link, Taylor & Francis, Science Direct dan Research Gate. Seterusnya, data yang terkumpul dianalisis secara deskriptif mengikut tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep kecerdasan buatan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan rangkaian neural. Antara isu dan cabaran yang diketengahkan oleh para sarjana bahasa Arab dalam pembangunan perisian berasaskan kecerdasan buatan seperti kekaburan ortografi, morfologi, sintaksis, anafora dan semantik. Di samping itu, reka bentuk model kit E-Muhadathah menerapkan elemen pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam iaitu aplikasi bahasa lisan/ucapan dan teks penulisan. Analisis ini dapat dijadikan rujukan kepada para pensyarah dan penyelidik dalam membangunkan perisian berasaskan komunikasi bahasa Arab kepada bukan penutur di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar penerokaan bidang kecerdasan buatan dalam PdP bahasa Arab terus diperluaskan untuk meningkatkan kompetensi komunikasi dalam kalangan bukan penutur Arab di Malaysia. Abstract The current educational transformation emphasizes the optimal use of technology in teaching and learning in line with the Industrial Revolution (IR) 4.0. Among the rapidly evolving technologies in language learning is Artificial Intelligence (AI) technology, also known as Natural Language Processing (NLP). This technology was integrated into the development of the E-Muhadathah kit. E-Muhadathah kit is an interactive Arabic conversation simulation model used to improve communication skills among non-Arabic speakers at the tertiary level in Malaysia. This study aimed to identify the concept of Artificial Intelligence in education, as well as the issues and challenges of developing Arabic language software development using artificial intelligence and the design of the E-Muhadathah kit model for non-Arabic speakers. This study used document analysis derived from online journals, proceedings, articles, theses, and books through Google Scholar, Springer Link, Taylor & Francis, Science Direct, and Research Gate databases. Then, the collected data was analysed descriptively according to themes. The findings show that the concept of Artificial Intelligence consists of three main components: machine learning, deep learning, and neural networks. Among the issues and challenges raised by Arabic language scholars in the development of Artificial Intelligence-based software are the ambiguity of orthography, complexity of morphology and syntax, ambiguity of anaphora, and semantics. This study also finds that the design of the E-Muhadathah kit model has applied machine learning and deep learning elements which are speech-based and text-based applications. This study can be used as a reference for lecturers and researchers to develop Arabic language communication-based software for non-native speakers in the Malaysian Institution of Higher Education (MIHE). Therefore, this study suggests that the exploration of Artificial Intelligence in Arabic teaching and learning be further expanded to improve Arabic communication competence among non-native speakers in Malaysia.

Keywords