International Journal of Management Studies (Dec 2007)

Amalan Pengambilan dan Pemilihan Pekerja: Tinjauan ke atas Firma Terpilih di Sektor Perkilangan

  • Zafir Mohamed Makhbul,
  • Fazilah Mohamad Hasun

Journal volume & issue
Vol. 14, no. 2

Abstract

Read online

Tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui amalan pengambilan dan pemilihan pekerja di firma terpilih di sektor perkilangan elektronik di Selangor. Kajian ini turut melihat kepentingan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti dalam pemilihan pekerja peringkat pengurusan untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti. Lima puluh tujuh set soal selidik telah diterima daripada 150 yang telah diposkan kepada firma-firma tersebut di seluruh negeri Selangor. Responden kajian merupakan pengurus/pegawai di Jabatan Sumber Manusia setiap firma yang dipilih. Analisis data secara diskriptif memberi gambaran ringkas tentang amalan pengambilan dan pemilihan pekerja di sector perkilangan elektronik. Penemuan tinjauan ini juga menunjukkan bahawa kriteria pengalaman merupakan perkara yang amat dipentingkan dalam pemilihan pekerja peringkat pengurusan. Di samping itu, faktor keterampilan, demografi (jantina dan kelayakan akademik) dan personaliti merupakan antara kriteria yang turut diambil kira dalam pemilihan pekerja peringkat pengurusan.