International Journal of Management Studies (Dec 2006)

Keseragaman Penggunaan Istilah-Istilah Perakaunan dalam Laporan Tahunan Korporat di Malaysia

  • Azhar Abdul Rahman,
  • Mohd Herry Mohd Nasir,
  • Shahifol Arbi Ismail

Journal volume & issue
Vol. 13, no. 2

Abstract

Read online

Kajian ini melihat amalan, keseragaman dan penggunaan istilah-isfilah perakaunan dalam laporan tahunan Bahasa Melayu di kalangan syarikat-syarikat di Malaysia. Sebanyak 91 laporan tahunan diambil sebagai sampel. Kajian ini melihat istilah-istilah untuk 20 item yang terdapat dalam lembaran imbangan. Ujian kekerapan, 'Chi-square' dan 'Kruskal Wallis' digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 15 daripada istilah-istilah tersebut adalah selaras dengan istilah-istilah Bahasa Melayu yang dicadangkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board-MASB). Kajian juga mendapati wujudnya keseragaman dalam penggunaan 14 daripada istilah-istilah tersebut dalam pelbagai industri. Kajian ini adalah penting kerana ia merupakan perintis kepada kajian-kajian lanjutan mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam laporan kewangan.