International Journal of Management Studies (Jun 2006)
Teknologi Pengurusan Pengetahuan (TPP): Pengaruh Sikap, Norma Subjektif dan Persepsi Kawalan Gelagat
Abstract
Kajian ini menggunakan Teori Perancangan Gelagat Ajzen dan Teori Difusi Inovasi Rogers untuk mengenal pasti sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat yang mempengaruhi penerimaan teknologi pengurusan pengetahuan (TPP) di kalangan pekerja berpengetahuan di Malaysia. Fokus kajian adalah kepada teknologi pengurusan pengetahuan (TPP) kerana teknologi tersebut merupakan teknologi terkini bagi organisasi. Tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data melibatkan seramai 162 responden. Hasil kajian mendapati sikap dan persepsi faktor kawalan gelagat adalah signifikan terhadap penerimaan teknologi pengurusan pengetahuan (TPP) berbanding pengaruh sosial. Secara khususnya, persepsi kelebihan relatif, kesesuaian, kebolehujian dan risiko mempengaruhi penerimaan teknologi pengurusan pengetahuan (TPP). Keyakinan terhadap teknologi pengurusan pengetahuan (TPP) dan sokongan kerajaan kepada pelaksanaan k-ekonomi merupakan faktor yang signifikan terhadap penerimaan teknologi pengurusan pengetahuan (TPP).