Journal of Modern Languages (Jul 2017)
Peristilahan baru
Abstract
Hubungan rapat yang wujud di antara peristilahan dan penterjemahan tidak boleh dinafikan lagi. Misalnya kebanyakan universiti atau sekolah yang menawarkan kursus penterjemahan di Kanada mengandungi peristilahan sebagai satu matapelajaran. Lagi pun semua pertubuhan antarabangsa yang mempunyai satu jabatan penterjemahan seperti ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York atau ibu pejabat Eropah di Brussels juga mempunyai satu jabatan peristilahan yang baru-baru ini menggunakan semua alat terbaru seperti komputer dan sebagainya.