Jurnal Bahasa (Jun 2024)

Deiksis Persona: Kata Ganti Nama Diri dalam Rancangan Rampai Pagi Segmen Daerah

  • Abdul Haziq Sawal,
  • Khairun Afifa Mashud,
  • Siti Nurul Hakimah Mohd Marzuki

DOI
https://doi.org/10.37052/jb24(1)no7
Journal volume & issue
Vol. 24, no. 1
pp. 169 – 184

Abstract

Read online

Bahasa dapat dikaji dari pelbagai sudut berbeza, termasuklah dari aspek pragmatik. Pragmatik ialah kajian berkenaan interpretasi ujaran, termasuklah penginterpretasian ayat yang taksa dan eliptik. Kajian ini memfokuskan deiksis yang merujuk rujukan bagi kata yang silih berganti bergantung pada penutur, waktu dan tempat kata tersebut dituturkan. Kajian ini dilakukan berlandaskan deiksis persona, iaitu satu daripada lima deiksis yang dicadangkan oleh Levinson (1983). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti deiksis persona yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah, serta untuk menghuraikan dan membincangkan makna di balik penggunaan deiksis persona. Kajian yang dilakukan hanya tertumpu pada satu daripada segmen yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi, iaitu segmen daerah Tutong, Belait dan Temburong, yang ditayangkan pada 20 Januari 2020. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga yang menjurus kepada penggunaan deiksis persona dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah. Penggunaan deiksis persona yang mementingkan konteks perbualan memudahkan pengguna untuk mengetahui maksud sebenar perbualan bagi mengelakkan kekaburan atau kekeliruan. Dengan mengetahui fungsi kata ganti nama diri dalam perbualan atau pertuturan, penginterpretasian makna menjadi lebih jelas.

Keywords