Journal of ICT in Education (May 2020)
Penerapan Model RESPECTFUL dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus Kaunseling Pelbagai Budaya
Abstract
Bagi mengatasi cabaran pendidik untuk menghasilkan generasi muda yang mempunyai fikiran aras tinggi, berdaya saing, dan kompeten dalam pendidikan berteraskan teknologi, bidang pendidikan memerlukan lebih banyak inovasi. Kertas konsep ini membincangkan tentang pembelajaran berasaskan permainan dalam kursus Kaunseling Pelbagai Budaya menggunakan model RESPECTFUL. Objektif kertas konsep ini ialah untuk membina sebuah kerangka konsep bagi pembangunan aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar. Kajian perpustakaan telah dilakukan dan artikel serta jurnal telah dianalisis bagi mendapatkan rujukan yang berkaitan. Sebuah kerangka konsep telah dicadangkan bagi membina sebuah aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar untuk mengetahui tahap penerimaan terhadap bakal klien yang datang daripada pelbagai kelompok budaya yang unik. To address the challenge of educating young, high-performing, competitive and competent young people in technology-based education, the field of education requires more innovation. This concept paper discusses game-based learning in the Multicultural Counselling course using the RESPECTFUL model. The objective of this concept paper is to develop a conceptual framework for the development of game applications that will be used by the coaching counsellor as a learning aid. Library studies were conducted, and articles and journals were analysed to obtain relevant references. A conceptual framework has been proposed to develop a game application that will be used by the coaching counsellor as a learning tool to determine the level of acceptance of potential clients coming from a variety of unique cultural groups.
Keywords