Kajian Malaysia (Jan 2011)

KELAS MENENGAH, UMNO DAN INTELIGENSIA: TENTANGAN DOMINASI POLITIK BUMIPUTERA ISLAM DI SARAWAK (MIDDLE CLASS, UMNO AND INTELLIGENTSIA: CONTESTING THE MUSLIM BUMIPUTERA'S POLITICAL DOMINATION IN SARAWAK)

  • Faisal S. Hazis

Journal volume & issue
Vol. 29, no. 1
pp. 29 – 46

Abstract

Read online

Barisan Nasional mulai mendominasi politik Sarawak setelah pemimpin bumiputera Islam mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada pemimpin Iban selepas pilihan raya 1970. Di bawah teraju pemimpin bumiputera Islam ini, Barisan Nasional berjaya menguasai setiap pilihan raya negeri dan parlimen yang diadakan sejak tahun 1970 hingga 2008. Walaupun parti pembangkang melancarkan tentangan sengit pada lewat 1970-an dan pertengahan 1980-an, pemimpin bumiputera Islam ini berjaya mengatasinya untuk terus mengekalkan dominasi parti pemerintah di negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri dan parlimen yang terbanyak. Makalah ini menyusuri dominasi politik pemimpin bumiputera Islam Sarawak dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kekuatan mereka yang menjangkau lebih empat dekad. Walaupun kuasa politik pemimpin bumiputera Islam masih bertahan sehingga ke hari ini, beberapa sumber baharu mulai muncul untuk memberikan tentangan terhadap kuasa politik golongan minoriti ini. Sumber tentangan baharu yang dimaksudkan ialah golongan kelas menengah, United Malays National Organisation (UMNO) dan inteligensia. Makalah ini mengupas tentangan yang diberikan kelompok ini dan impaknya terhadap politik Sarawak khususnya kepimpinan bumiputera Islam.The ruling Barisan Nasional started to dominate Sarawak politics after the Muslim bumiputera took over the state leadership from the Iban after the 1970 elections. Under the stewardship of the Muslim bumiputera, Barisan Nasional had successfully dominated every state and parliamentary elections held since 1970 to 2008. Although the opposition parties launched a strong challenge towards the Muslim bumiputera's dominance in the late 1970s and middle 1980s, the latter was able to fend off this challenge and continued to uphold the ruling party's grip on the state with the largest number of state and parliamentary seats. This article analyses the Muslim bumiputera's dominance in Sarawak politics and the factors that had contributed to over four decades of domination. Despite this domination, new sources of contestation have emerged, namely the middle class, United Malays National Organisation (UMNO) and the intelligentsia. This article analyses the contestation instigated by these forces and its impact on Sarawak politics particularly the leadership of Muslim bumiputera.

Keywords