Malaysian Journal of Learning and Instruction (Jan 2022)

KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH: FAKTOR PENYEBAB, AKTIVITI KETIKA PONTENG DAN ASPIRASI BUDAYA BELAJAR PELAJAR ORANG ASLI (School Absenteeism: Contributing Factors, Activities during Truancy and Learning Culture Aspiration among Native Pupils)

  • Mohd Mahzan Awang,
  • Khairul Farhah Khairuddin,
  • Abdul Razaq Ahmad,
  • Sayuti Ab Ghani,
  • Jamalul Lail Abdul Wahab,
  • Raja Mohd Salahuddin Raja Mamat

DOI
https://doi.org/10.32890/mjli2022.19.1.10

Abstract

Read online

Tujuan– Salah satu masalah utama dalam pendidikan Orang Asli di seluruh negara adalah masalah ketidakhadiran ke sekolah. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar Orang Asli ke sekolah. Adalah diandaikan bahawa kehidupan Orang Asli di luar sekolah lebih menarik minat mereka. Maka penerokaan terhadap aktiviti yang mereka lakukan ketika ponteng dilakukan. Kajian juga meneroka budaya pembelajaran yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli. Metodologi– Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes menggunakan protokol temu bual ke atas pelajar Orang Asli yang kerap ponteng (n=5), ibu bapa (n=3) yang anaknya kerap ponteng sekolah, dan seorang pemimpin komuniti (Tok Batin) dari etnik Semelai di Negeri Sembilan. pelajar Analisis data menggunakan pendekatan bertema dan pengiraan terhadap peratus persetujuan Nilai Cohen Kappa menunjukkan pada tahap tinggi. Dapatan–Empat tema punca ponteng sekolah adalah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, tarikan ekologi sosial, dan sikap ambil mudah ibu bapa. Enam aktiviti utama yang dilakukan ketika ponteng sekolah adalah memungut hasil hutan, memburu, membantu keluarga, tangkap ikan, bercucuk tanam dan bersosial. Hasil kajian mendapati bahawa budaya belajar yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli adalah pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan cara hidup mereka. Kepentingan– Kajian ini mengadaptasi Teori Faktor Tolak-tarik berkaitan faktor penolakan (pushing factors) dan faktor penarik (pulling factors) yang amat signifikan kepada pihak sekolah untuk merekabentuk strategi menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah berdasarkan faktor ponteng serta aspirasi budaya pembelajaran. Hasil kajian ini bermanfaat untuk pemegang taruh pendidikan Orang Asli untuk membina satu ekosistem pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan kehidupan Orang Asli.