International Journal of Management Studies (Jun 2007)
Penangkapan Ikan oleh Nelayan Negeri Sembilan: Satu Kajian Empirikal
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penangkapan ikan di Negeri Sembilan iaitu keseluruhan daerah Port Dickson. Kajian juga menilai impak sosio-ekonomi dan alam sekitar terhadap tahap ketakcekapan aktiviti penangkapan ikan dan seterusnya memberi cadangan bagi meningkatkan kecekapannya. Analisis dilakukan dengan membentuk model Stokastik Frontier tangkapan ikan nelayan dan model ketakcekapan teknikal. Keputusan kajian terhadap 156 nelayan menunjukkan kos penangkapan se trip, jumlah tenaga kerja dan jenis bot adalah signifikan di dalam mempengaruhi jumlah tangkapan ikan nelayan. Seterusnya kajian mendapati min indeks kecekapan teknikal nelayan adalah pada paras 76.5%. Ini menunjukkan secara keseluruhan bahawa tahap kecekapan dan daya saing kegiatan penangkapan ikan di negeri ini adalah sederhana dan perlu ditingkatkan selari dengan tahap pembangunan lain-lain aktiviti ekonomi di kawasan ini.