Global Journal Al-Thaqafah (Dec 2014)

Sikap Dan Motivasi Pelajar IPT terhadap Modul Pengajaran Bahasa Arab Pelancongan

  • M. Najib, J.,
  • Kirembwe, Rashid A. H.,
  • Zainur Rijal, A. R,
  • Lubna, A. R.

Journal volume & issue
Vol. 4, no. 2
pp. 81 – 89

Abstract

Read online

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis sikap dan motivasi pelajar IPT di Malaysia terhadap modul pengajaran Bahasa Arab Pelancongan. Sampel kajian terdiri daripada 126 pelajar di tiga IPT iaitu USIM, UiTM dan KUIS yang menawarkan subjek Bahasa Arab Pelancongan. Mereka terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 96 pelajar perempuan. Kajian ini mendapati peratusan tahap sikap dan motivasi terhadap modul pengajaran Bahasa Arab Pelancongan adalah tinggi dengan peratusan sebanyak hampir 90%. Responden juga mempunyai persetujuan yang agak baik terhadap keberkesanan modul pengajaran Bahasa Arab Pelancongan dengan skor min = 3.63 dan sp. = 0.65. Lebih 85% responden bersetuju bahawa modul pengajaran Bahasa Arab Pelancongan dapat diaplikasi dalam bidang kerjaya di sektor pelancongan. Kebolehpercayaan instrumen pengukuran adalah tinggi dengan Cronbach Alpha bagi sikap dan motivasi terhadap modul pengajaran Bahasa Arab Pelancongan ialah 0.96.

Keywords