Issues in Language Studies (Jul 2018)

Definisi Kata Cantik: Analisis Kolokasi

  • Indirawati Zahid

DOI
https://doi.org/10.33736/ils.1615.2018
Journal volume & issue
Vol. 7, no. 1

Abstract

Read online

Kamus hanya memberikan definisi kata cantik secara umum. Bagi memperoleh makna kata cantik, domain semantik kata cantik akan dianalisis. Analisis domain semantik ini akan memperlihatkan kolokasi kata yang berlaku. Analisis yang dilakukan berfokus pada kolokasi kata cantik yang dirujuk pada wanita dan menggunakan iklan tempatan produk kecantikan wanita sebagai data. Data diperoleh daripada pelbagai bentuk media. Analisis yang dilakukan menggunakan empat metod, iaitu kajian pustaka, syot layar, analisis teks dan kuantitatif. Dapatan analisis antaranya memperlihatkan definisi kata cantik untuk wanita tempatan: kulit – cerah, gebu, putih, Ø parut jerawat, Ø kering; bentuk badan – langsing; bibir – berwarna merah, Ø kering; rambut – lebat, hitam, harum; kuku - kuat, iaitu tidak mudah patah; dan telapak kaki dan tumit – lembut, Ø kering, harum. Sifat-sifat yang bertentangan pula dianggap sebagai tidak cantik. Dapatan ini memperlihatkan bahawa makna cantik berkaitan dengan tiga deria, iaitu rasa, lihat dan bau. Analisis ini menunjukkan definisi kata "cantik" diterangkan dari perkataan yang digunakan secara bersama - kolokasi.