Journal of ICT in Education (Jun 2023)

Kesan penggunaan mnemonik visual terhadap pengekalan ingatan jangka panjang bagi mata pelajaran Sejarah

  • Nurul Syadiyah Khairuddin,
  • Ramlah Mailok,
  • Ummu Husna Azizan

DOI
https://doi.org/10.37134/jictie.vol10.1.5.2023
Journal volume & issue
Vol. 10, no. 1
pp. 56 – 66

Abstract

Read online

Abstrak Cabaran mata pelajaran sejarah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran, kelaziman guru menggunakan kaedah ceramah atau ceramah bervariasi. Membangunkan keupayaan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran ini merupakan satu cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan mnemonik visual yang dibangunkan berdasarkan kepada teknik imageri iaitu pengintegrasikan kata kekunci dengan imej atau objek terhadap pengekalan ingatan jangka panjang bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan satu. Kajian ini dijalan secara ekperimen dengan satu kumpulan. Seramai 24 pelajar terlibat dalam kajian ini. Ujian pra dan ujian pos dilaksanakan bagi perbandingan dan ujian yang seterusnya adalah perbandingan tiga sela masa yang berbeza dalam jangka masa tiga minggu. Data dianalisis menggunakan Ujian t dan Ujian ANOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor markah antara ujian pra dan ujian pos. Walau bagaimanapun, ujian pengekalan menunjukkan tiada perbezaan yang signfikan bagi skor markah bagi tiga masa yang berbeza. Mnemonik visual menunjukkan kesan yang baik terhadap ingatan jangka panjang. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama bagi mata pelajaran yang berbentuk fakta. Abstract The challenge of history is the method of teaching and learning, the prevalence of teachers using lecture or various lecture methods. Developing student ability mastery in this subject is one of the major challenges faced by the teachers. Therefore, this study aims to examine the effect of visual mnemonic developed based on imagery techniques that is the integration of keywords with images or objects on the retention of long-term memory for the subject of History form one. The study was conducted experimentally with one group. A total of 24 students were involved in this study. A pre-posttest was performed for comparison and the next test was comparison of three different time intervals over a period of weeks. Data were analyzed using t Test and ANOVA Test. The results showed that there was a significant difference in score between pre – posttest. However, the retention test showed no significant difference in score for the three different times. Visual mnemonics show a good effect on long term memory. The results of this study can be used as a method of teaching and learning, especially for factual subjects.

Keywords