Kajian Malaysia (Jan 2011)

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM (ETHNIC RELATIONS IN MALAYSIA FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE)

  • Ahmad Hidayat Buang,
  • Nik Yusri Musa,
  • Nazri Muslim

Journal volume & issue
Vol. 29, no. 1
pp. 1 – 28

Abstract

Read online

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan pandangan Islam terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam. Turut dibincangkan ialah prinsip kesamarataan dan keadilan dalam Islam dengan melihat situasi yang berlaku di Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hasil perbincangan menunjukkan, kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesamarataan dalam Islam berdasarkan empat hujah iaitu pertama, walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun ia bukan melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Kedua, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu tidak menjejaskan kedudukan ekonomi, dan pendidikan serta politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik daripada orang Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang telah wujud sebelum merdeka dan dimasukkan kembali apabila perlembagaan digubal. Keempat, ia adalah persetujuan yang telah dicapai melalui perundingan antara etnik.Islam is a complete way of life (din) and encompasses all activities in life. Islam preaches to its followers to enjoin good not only towards fellow Muslims but also between Muslims and non-Muslims. Non-Muslims have certain rights and are protected for as long as they are not against Islam. In regard to relations among Muslims and non-Muslims, Islam outlines specific regulations such as the ones found in Chapter al-Hujurat verse 13 that recognises ethnic diversity as a norm and that diversity is meant for people to know one another better, and not to cause conflict. Therefore, this article discusses the Islamic viewpoint on ethnicity from the perspectives of the al-Quran, prophetic traditions and Muslim scholars. Also discussed is the principle of justice and equality in Islam in relation to Malaysia particularly related to the special position of Malays in Article 153 of the Federal Constitution. The findings show that the special position of Malays does not contradict the principle of justice and equality in Islam based on four arguments: First, the Malays receive their special position as enshrined in the Federal Constitution without incurring any acts of confiscating the wealth of the non-Muslims, but instead gained from the growing economy as a whole. Second, the special position of Malays is not employed at the expense of the economic and political wellbeing of the non-Malays. Third, the special position of Malays was established long before independence and was later reinstated when the Federal Constitution was formulated. Fourth, the Malays' special position was attained through a consensus achieved by the various ethnic groups in the country.

Keywords