Jurnal Bahasa (Jun 2022)

Kesantunan Berbahasa di Laman Sosial dalam Kalangan Pelajar Menengah Atas: Analisis Prinsip Kesopanan

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan,
  • Kamarull Fahhmi Norazhar

DOI
https://doi.org/10.37052/jb22(1)no6
Journal volume & issue
Vol. 22, no. 1
pp. 129 – 148

Abstract

Read online

Kesantunan berbahasa dapat diterjemahkan melalui pemilihan suatu perkataan yang baik dan cara menuturkan perkataan berkenaan dalam situasi tertentu berdasarkan tujuan, misalnya untuk menyapa, meminta, mengarah, atau mempengaruhi. Dengan mengaplikasikan Prinsip Kesopanan Leech (1993), kajian ini menganalisis kesantunan bahasa di laman media sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas. Instrumen kajian terdiri daripada laman media sosial seperti WhatsApp dan Facebook. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah borang soal selidik dan pemerhatian bagi memperoleh data kajian. Semasa menjalankan kajian lapangan, kaedah temu bual dan edaran borang soal selidik secara dalam talian turut dilakukan bagi mendapatkan data primer. Kajian ini melibatkan 60 pelajar lelaki dan perempuan menengah atas kesemuanya daripada SMK Senawang dan SMK Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan sebagai responden. Hasil kajian mendapati, dalam perbualan di laman sosial, pelajar menengah atas paling kerap menggunakan maksim santun, iaitu sebanyak 33.13%, maksim persetujuan sebanyak 24.23% dan maksim kerendahan hati sebanyak 42.64%. Penggunaan strategi kesantunan berbahasa dalam sesuatu perbualan secara semuka atau maya, berdasarkan enam maksim (maksim simpati, maksim sokongan, maksim santun, maksim budiman, maksim kerendahan hati dan maksim persetujuan) yang dikemukakan Prinsip Kesopanan Leech (1993). Prinsip ini didapati membantu pengesanan strategi kesantunan berbahasa oleh penutur yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah atas

Keywords