Jurnal Bahasa (Dec 2022)

Analisis Kesinambungan Topik dalam Cerita Rakyat Melayu Batu Batangkup

  • T. Thyrhaya Zein,
  • Prayogo

DOI
https://doi.org/10.37052/jb22(2)no4
Journal volume & issue
Vol. 22, no. 2
pp. 251 – 272

Abstract

Read online

Kajian ini mengenai kesinambungan topik dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kajian ini bertujuan untuk mendeskripsikan tingkat dan darjat kesinambungan topik pada perangkat nahu dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif-deskriptif dengan menerapkan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data dan kaedah interaktif untuk menganalisis data. Data dalam kajian ini berbentuk perangkat nahu pada klausa yang terdiri daripada anafora kosong, kata ganti nama orang ketiga, kata ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit yang bersumber daripada teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Hasil kajian menunjukkan bahawa (1) representasi perangkat nahu terdiri daripada anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit. Daripada lima perangkat nahu, anafora kosong memiliki tingkat kesinambungan topik paling tinggi (4.62) dan frasa nama definit memiliki tingkat kesinambungan yang paling rendah (9.19). (2) daripada lima perangkat nahu, empat memiliki kesinambungan topik yang rendah, iaitu ganti nama orang ketiga (7.28), ganti nama milik (8.40), frasa nama indefinit (9.13) dan frasa nama definit (9.19). (3) darjat kesinambungan tertinggi dimulai daripada perangkat nahu anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama indefinit dan frasa nama definit.

Keywords