Global Journal Al-Thaqafah (Dec 2013)
Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode Rawatan
Abstract
Pusat rawatan alternatif berasaskan Islam mahupun tradisional semakin lama semakin bertambah dan berkembang bak cendawan selepas hujan. Ini bertitik tolak dari sambutan menggalakkan masyarakat terhadap rawatan alternatif di Malaysia. Terutama sekali bagi penyakit yang tiada ikhtiar cara rawatan di hospital dan klinik kesihatan mahupun bagi para pesakit yang hampir putus harapan. Berdasarkan pemerhatian, di sebalik keghairahan masyarakat mencari kesembuhan di pusat rawatan alternatif, masih terkandung seribu satu macam permasalahan dan kemusykilan yang memerlukan penyelesaian berkesan. Bidang rawatan alternatif umpama jalan licin, jika tersilap langkah pasti akan tergelincir dari kebenaran. Selanjutnya, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti sebanyak mungkin permasalahan berkaitan metode rawatan yang terdiri dari amalan salah dan teknik meragukan dalam perubatan alternatif di Malaysia dan selanjutnya membahaskan keabsahannya menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah. Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis terhadap 70 pusat rawatan alternatif sama ada terhadap pusat rawatan alternatif Islam mahupun pusat rawatan alternatif tradisional serta dilakukan juga kajian perpustakaan dalam mencari dalil keabsahan teknik dan kaedah rawatan untuk dijadikan panduan berguna kepada orang ramai.
Keywords