Jurnal Bahasa (Jun 2021)

Perluasan Konsep Mariga: Analisis Teori Semantik Ranah

  • Effendy Yusuff,
  • Anida Sarudin,
  • Muhamad Fadzllah Zaini ,
  • Husna Faredza Mohamed Redzwan,
  • Zulkifli Osman

DOI
https://doi.org/10.37052/jb21(1)no6
Journal volume & issue
Vol. 21, no. 1
pp. 105 – 128

Abstract

Read online

Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan penggunaan leksis sukuan peribumi Sabah dalam Korpus Novel Bahasa Sukuan (KNBS). Hubungan penggunaan leksis ini bukanlah sewenang-wenangnya tetapi dimotivasikan oleh sistem kognitif manusia. Sumber data yang dimanfaatkan ialah KNBS yang dibangunkan menerusi peranti AntConc 4.2.3w. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari dalam Cermin, dan Debur Menerpa merupakan hasil karya Azmah Nordin. Sebanyak 465 leksis sukuan telah dikenal pasti digunakan dalam data korpus. Berdasarkan kekerapan tersebut, penggunaan leksis sukuan mariga muncul sebanyak 42 kali. Hal ini dapat mencitrakan budaya masyarakat penutur dalam data yang dikaji. Analisis dijalankan menggunakan teori Semantik Ranah yang dipelopori oleh Fillmore (1982). Dapatan kajian menunjukkan bahawa leksis sukuan mariga memiliki latar dan motivasi yang mengikat hubungan antara leksis bahasa Melayu. Pengekalan leksis sukuan mariga dalam KNBS dapat menjelaskan wujudnya motivasi, potensi dan reputasi leksis sukuan mariga.

Keywords