Global Journal Al-Thaqafah (Jun 2015)
Aplikasi Kontrak Al-Kafalah dalam Produk-Produk Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Islam
Abstract
Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal 1990an apabila terdapat keperluan terhadap instrumeninstrumen Islam dalam bentuk perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Kebanyakan instrumen-instrumen pembiayaan perdagangan adalah berasaskan instrumen konvensional seperti surat jaminan(BG), surat kredit(LC), bil penerimaan(AB), jaminan perkapalan (SG), pembiayaan semula kredit eksport (ECR dan lain-lain. Untuk membolehkannya diterima oleh perbankan Islam, maka beberapa pengubahsuaian dilakukan supaya selaras dengan kehendak syariah seperti mengaplikasikan kontrak-kontrak muamalat Islam dalam produk-produk tersebut .Kontrakkontrak muamalat yang banyak digunakan dalam produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam ialah murabahah, bai’ aldayn, kafalah dan wakalah. Kertas kerja ini menganalisis pandangan fuqaha silam dan semasa serta badan-badan yang mempunyai autoriti dalam kewangan Islam tentang penggunaan kontrak al-kafalah. Kertas kerja ini juga menganalisis aplikasi produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islamyang berteraskan kontrak al-kafalah iaitu jaminan perkapalan (SG-i) dan jaminan bank (BG-i). Di samping itu, kajian ini juga menganalisis isu-isu yang berbangkit dari penggunaan kontrak al-kafalah khususnya dalam produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam.
Keywords