Malaysia Journal of Invention and Innovation (Nov 2024)

e-PPPD: Sistem Pengurusan Pemarkahan Projek Disertasi Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan (SSKSP)

  • Wahyuni Butong,
  • Zuraini Zainol

Journal volume & issue
Vol. 4, no. 1

Abstract

Read online

Sistem Pengurusan Pemarkahan Projek Disertasi Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan (SSKSP) merupakan satu sistem yang memudahkan penyelia dan penilai dalam proses pengiraan markah bagi Projek Disertasi. Sistem ini digunakan oleh penyelaras, penyelia dan penilai. Tujuan utama pembangunan sistem ini kerana penyelia dan penilai masih menggunakan pengiraan secara manual iaitu mengisi markah pada borang pemarkahan. Kaedah merekod markah secara manual melalui sistem pemfailan ini adalah kurang efektif dan tidak praktikal. Hal ini kerana ia menggunakan borang yang dicetak di atas kertas di mana penilai dan penyelia boleh melakukan kesilapan dari segi keciciran maklumat atau tersilap mengira markah pelajar. System ini dibangunkan berdasarkan model Rapid Application Development (RAD). Sistem ini membolehkan penyelia dan penilai melakukan proses penilaian markah secara sistematik di atas talian. Selain itu, penyelaras, penyelia dan penilai dapat menjana laporan pemarkahan pelajar menggunakan sistem ini untuk tujuan dokumentasi. Selain itu, laporan keseluruhan markah juga dapat dijanakan oleh sistem ini bagi tujuan pelaporan. Bagi perisian dan perkakasan, sistem ini menggunakan PHP, Notepad++ dan XAMPP untuk membina sistem ini. Selain itu, mySQL pula digunakan untuk menguruskan pangkalan data. Secara keseluruhannya, sistem ini berjaya mengikuti objektif dan menyelesaikan masalah berdasarkan ujian yang dijalankan.

Keywords