Malaysian Journal of Syariah and Law (Nov 2019)

CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA

  • Zurul Iman Zakaria,
  • zaini Nasohah

DOI
https://doi.org/10.33102/mjsl.v7i2.188
Journal volume & issue
Vol. 7, no. 2
pp. 13 – 26

Abstract

Read online

Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sering menimbulkan komen negatif dan polemik di kalangan masyarakat Islam. Masyarakat sering mempersoalkan sejauh manakah tahap penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dijalankan dalam membendung aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Hukum Syarak. Artikel ini bertujuan mengkaji sejauh manakah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan khususnya di Negeri Melaka sepertimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Hanya terdapat 27 jenis kesalahan yang ditangani oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan memberi penumpuan utama kepada kategori kesalahan berhubung dengan seksual. Terdapat 8 jenis kesalahan jenayah syariah yang lazim berlaku di Negeri Melaka iaitu kesalahan bersekediaman, perbuatan tak sopan, hamil luar nikah ,berjudi ,subahat persetubuhan haram, menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan, pungutan tak sah dan minum minuman memabukkan. Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan dalam membantu Bahagian Penguatkuasaan mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam penguatkuasaan dan seterusnya memperbaiki serta mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dalam mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.

Keywords