International Journal of Management Studies (Feb 2004)
Kepentingan Modal Sosial dalam Pertumbuhan Ekonomi
Abstract
Modal sosial mwupakan salah satu daripada bentuk modal, sama seperti modal fizikal, modal pengeluaran ekonomi dun juga modal manusia yang mempunyai peranan tersendiri dalam menyumbang kepada pertumbuhan dun kesejahteraan masyarakat sebuah negara. Modal fizikal merupakan input pengeluaran yang digabungkan dengan input buruh bagi menghasilkan output. Pelaburan ke atas modal manusia dilihat sebagai salah satu sumber yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sesebuah negara. Modal sosial kini dilihat sebagai satu daripada sumber baru yang secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan sesebuah negara. Namun, kajian terhadapsumbangan modal sosial ini masih baru, dun definisi tentang maksud modalsosial ini juga adalah pelbagai. Pengukuran modal sosial memerlukan kepadapemerhatian fungsi sebuah masyarakat, dun bagaimana jaringan antara individu dalam sebuah masyarakat menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada individu, kurnpulan kaum dun juga masyarakat keseluruhan. Pemahaman ini akan memberikan satu gambaran bagaimana individu dalam sebuah masyarakat itu bekerjasama mencapai matlamat bersama untuk membina sesebuah negara yang makmur. Artikel ini cuba memaparkan peranan yang dimainkan oleh modal sosial dalam membantu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Petunjuk Indeks Pembangunan Insan (HDI) yang diguna pakai oleh Bank Dunia akan dijadikan sebagai asas untuk melihathubungan antara pertumbuhan ekonomi dun modal sosial. Hasil analisisregresi terhadap hubungan antara HDI dun Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) per kapita menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan.