Journal of ICT in Education (Dec 2022)
Pembangunan aplikasi mudah-alih untuk diet kanak-kanak (MyKidsNutri)
Abstract
Nutrisi memainkan signifikan dalam menggalakkan perkembangan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Justeru, diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil. Namun, beberapa kajian daripada pertubuhan antarabangsa dan tempatan menunjukkan kanak-kanak Malaysia masih kurang mendapat nutrisi dan zat mencukupi. Berdasarkan permasalahan ini, Aplikasi Mudah-Alih Diet Kanak-kanak (MyKidsNutri) telah dibangunkan. Aplikasi MyKidsNutri membolehkan pengguna memantau dan mengawal kadar diet kanak-kanak dengan memberikan cadangan dan maklumat nutrisi makanan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aplikasi MyKidsNutri ini juga boleh menyimpan dan memaparkan kadar kalori yang di input oleh pengguna. Pembangunan Aplikasi MyKidsNutri ini menggunakan metodologi pembangunan Agile yang melibatkan enam fasa utama iaitu ialah fasa perancangan, analisis dan kajian awal, pemodelan, pembangunan visual, analisis visualisasi dan dokumentasi. Manakala, kaedah kuantitatif digunakan bagi menguji dan menilai kesan Aplikasi MyKidsNutri terhadap pengguna dengan penglibatan 30 orang responden. Secara umumnya, aplikasi MyKidsNutri ini dapat membantu pengguna mengatasi masalah diet nutrisi anak-anak mereka. Abstract Nutrition plays an important role in promoting children’s physical and mental development. Therefore, a balanced and nutritious diet that provides all the nutrients is essential to help support the development of young children. Some studies from international and local organizations show that Malaysian children still lack adequate nutrition and nutrients. This study aimed to develop and evaluate a friendly mobile-based application, MyKidsNutri. The study also analyzes the functionality and usability of MyKidsNutri Apps. This App allows users to monitor and control their children's diet by providing suggestions and nutrition information based on the Ministry of Health Malaysia. Also, this App can store and display the calorie levels that the user inputs. The development of this MyKidsNutri application uses an Agile development methodology that involves six main phases, namely the planning phase, analysis, preliminary research, modeling, visual development, visualization analysis, and documentation. Meanwhile, quantitative methods were used to test and evaluate the effect of the MyKidsNutri Application on users with the involvement of 30 respondents. In general, the MyKidsNutri application can help users overcome their children's nutritional diet problems.
Keywords