Journal of ICT in Education (Dec 2018)
Kesan Penggunaan Teknik Inkuiri Penemuan Berbanding Tutorial dalam Pembinaan Koswer terhadap Pencapaian Pelajar
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuari penemuan berbanding tutorial dalam pembinaan koswer ke atas pencapaian pelajar Tingkatan 2, dalam mata pelajaran sains. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan eksperimen. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah koswer pendidikan teknik inkuiri penemuan dan koswer teknik tutorial. Manakala pembolehubah bersandar adalah prestasi pencapaian pelajar Tingkatan 2 dalam mata pelajaran Sains. Populasi kajian ialah terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 di SMK Sungai Retang, Jerantut. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga kelas. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak seramai 30 orang setiap kumpulan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan soalselidik. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara pelajar yang menerima rawatan dengan koswer teknik inkuari penemuan berbanding dengan pelajar yang menggunakan koswer teknik tutorial. Dapatan daripada hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa penggunaan strategi inkuiri penemuan lebih sesuai diterapkan berbanding teknik tutorial dalam pembangunan koswer sains. The study aims to seek the effect in using inquiry technique compare to tutorial in the development of courseware towards Form 2 students’ achievement in science subject. The research design used is an experiment approach. Independent variables for this study are the courseware based on discovery inquiry and the courseware based on tutorial technique. While, the dependent variable is the Form 2 students’ achievement in science subject. Research population are all Form 2 students from SMK Sungai Retang, Jerantut. A random sample of 60 students were selected from three classes. The sample were divided into two groups i.e. a treatment group and a control group with 30 students for each group. This research used pre-test, post-test, and questionnaire as the instruments. Data were analysed using inferential statistics method. Results from the study shows a significant difference from the students’ achievement from those who received the treatment with discovery inquiry courseware compare to those who used the courseware based on tutorial technique. The findings conclude that the the usage of discovery inquiry is more suitable compare to tutorial technique in the development of science courseware.
Keywords