Malaysian Journal of Syariah and Law (Apr 2024)
NAMA HARAM TAPI PRODUK HALAL: PANDANGAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG MALAYSIA DAN HUKUM ISLAM
Abstract
The nomenclature of a subject matter represents the inherent characteristics and attributes of an item. In the context of the food sector, there exists a strong correlation between the name and commercial impact of a particular product. The choice of the name of a product names is significant for purposes of branding and marketing. Nevertheless, some parties combine illegal and permissible elements in the process of choosing product names, such as “hotdog”, “beer”, and others. The combination of brand names for halal products has become a subject of contention among Muslim scholars and customers, due to the ambiguity surrounding their halal status. This study examines the legal and Islamic implications of associating a halal product with a name that imputes prohibited elements from the perspective of the evidences found in al-Quran and hadith and the country's halal regulatory framework and the Shariah as a whole. Library research and content analysis are employed as methodologies to obtain relevant information on the subject matter of this research. The results of this study indicate that the definition of halal, as outlined in the halal legislation of this country is limited and is only restricted to food ingredients, products and services. Further, there exists a loophole in the powers conferred upon the relevant agencies to ascertain the suitability of the nomenclature to be in accordance with the principles of the Shariah, thereby ensuring adherence to the concept of halalan tayyiban in its entirety for each halal product. Abstrak Nama melambangkan identiti sesuatu benda. Dalam industri makanan, hal ini sangat berkait rapat dengan pengaruh komersial bagi satu-satu produk. Berikutan itu, pemilihan nama produk penting bagi tujuan penjenamaan dan pemasaran. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang menggandingkan unsur-unsur haram dan halal dalam pemilihan nama produk seperti Hotdog, Beer dan sebagainya. Penggabungan nama seperti ini bagi produk halal menjadi pertikaian dalam kalangan ulama dan pengguna kerana mendatangkan kekeliruan terhadap status halalnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membahas status penamaan sesuatu produk halal yang digandingkan dengan nama yang mempunyai unsur haram dari perspektif kerangka nas al-Quran dan hadis, perundangan halal negara dan hukum Islam. Kajian kepustakaan dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati konsep halal yang ditakrifkan di bawah kerangka perundangan halal negara sangat terhad dan hanya terpakai kepada kandungan makanan, barangan atau perkhidmatan sahaja. Malahan terdapat juga kelompongan terhadap kuasa agensi yang berkaitan dalam memastikan penggunaan nama yang bersesuaian yang selari dengan prinsip syariah dalam menjamin pematuhan konsep halalan tayyiban secara kolektif bagi satu-satu produk halal.
Keywords