Malaysian Journal of Syariah and Law (Dec 2021)
Hak Asasi Golongan Rentan Pasca Bencana Alam
Abstract
Bencana alam di seluruh dunia mengakibatkan banyak kesan negatif termasuk terhadap golongan rentan. Berbagai-bagai jenis bencana alam telah menyebabkan golongan ini terdedah kepada kemudaratan yang besar, bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa pelanggaran hak asasi golongan rentan mangsa bencana alam. Menerusi kaedah kajian kualititif, artikel ini menggunakan kajian kepustakaan, serta analisa deskriptif dan analisa undang-undang untuk menjelaskan permasalahan kelangsungan hidup golongan rentan serta pencabulan hak asasi pasca bencana alam. Kajian menunjukkan bahawa mangsa yang terselamat dari bencana alam akan mengalami insiden pelanggaran hak asasi secara berleluasa disebabkan pengabaian, dan salah laku pihak berkaitan serta kejahilan mangsa.