Jurnal Bahasa (Dec 2019)

Penterjemahan Giongo/Gitaigo dalam Manga Jepun Kimi No Na Wa

  • Chow Yean Fun,
  • Hasuria Che Omar

DOI
https://doi.org/10.37052/jb.19(2)no6
Journal volume & issue
Vol. 19, no. 2
pp. 307 – 328

Abstract

Read online

Giongo (擬音語) merupakan perkataan yang digunakan untuk meniru bunyi atau suara manakala gitaigo (擬態語) merupakan perkataan yang meniru suatu tindakan, keadaan, atau tingkah laku yang tidak membuat bunyi dalam manga. Walaupun kajian tentang penterjemahan giongo dan gitaigo telah dilakukan oleh pengkaji lepas di luar negara, prosedur terjemahan giongo dan gitaigo belum lagi dikaji di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti prosedur terjemahan giongo dan gitaigo dalam manga (Kimi no Na wa) daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu. analisis kandungan dilakukan untuk mengenal pasti giongodan gitaigo yang hadir dalam manga berdasarkan pandangan natsume (1997). Seterusnya, prosedur terjemahan dikenal pasti berdasarkan prosedur terjemahan komik atau manga yang digagaskan oleh Kaindl (1999). Kajian mendapati giongo dan gitaigo dalam manga terdiri daripada “giongo/gitaigo tanpa belon pertuturan” dan “giongo dalam belon pertuturan”. dapatan menunjukkan bahawa giongo/gitaigotanpa belon pertuturan dapat diterjemahkan menggunakan tujuh prosedur manakala giongo dalam belon pertuturan pula diterjemahkan dengan dua prosedur. Prosedur terjemahan yang dikenal pasti memperlihatkan persamaan dengan prosedur terjemahan yang hadir dalam kajian lepas yang menggunakan pasangan bahasa yang berbeza daripada Jepun-Melayu. Prosedur terjemahan yang khusus dipraktik dalam konteks Malaysia turut dikenal pasti dalam kajian ini.

Keywords