Jurnal Bahasa (Jun 2023)

Operasi Metafora Nilai Kerajinan dalam Peribahasa Melayu dan Peribahasa Tamil: Analisis Teori Hibrid

  • Anida Sarudin,
  • Parameswary Shanmugam

DOI
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no2
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 1
pp. 33 – 64

Abstract

Read online

Peribahasa berperanan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara implisit bagi menegur atau memuji kelakuan seseorang tanpa menyinggung perasaannya berdasarkan konteks situasi dan budaya. Nilai moral pula berupaya untuk membentuk pemikiran yang luhur dan sahsiah yang baik. Makalah ini mengetengahkan operasi metafora bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil bersandarkan nilai kerajinan menerusi rantau konsepsi Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009). Rantau konsepsi ini terdiri daripada konsep leksikal, konsep ad hoc dan slot kosong yang merangkumi domain, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan kaedah analisis kandungan. Tumpuan secara terperinci diberikan kepada satu data peribahasa Melayu dan satu data peribahasa Tamil yang digunakan pada peringkat sekolah rendah sahaja. Analisis kajian mendapati bahawa pengkonsepsian nilai kerajinan bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil memfokuskan usaha dan kegigihan. Amalan kehidupan masyarakat Melayu dan India memperlihatkan persamaan dan perbezaan dari segi nilai budaya dan falsafah peribahasa secara jelas. Pengaplikasian Teori Hibrid memaparkan satu trend baharu dalam merungkaikan akal budi masyarakat tradisional secara komprehensif dan menjelaskan pragmatik leksikal

Keywords