Malaysian Journal of Syariah and Law (Nov 2019)

CABARAN PEMBANGUNAN MASJID PADA MASA HADAPAN DI SINGAPURA: SUDUT PANDANG FIKH

  • Syed Muhammad Adib Termizi Ahmad Al Jafari,
  • Sharifah Nadirah Nasibah Ahmad Al Jafari

DOI
https://doi.org/10.33102/mjsl.v7i2.162
Journal volume & issue
Vol. 7, no. 2
pp. 1 – 12

Abstract

Read online

Tanah dan ruang adalah satu perkara yang amat penting bagi perkembangan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kestabilan sesebuah negara. Dengan adanya tanah, pelbagai projek mega dapat dirancang dan dilaksanakan sehingga akhirnya ia akan memberi pulangan lumayan yang dapat menjana ekonomi negara tersebut. Ia juga diperlukan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur utama negara bagi mengekalkan daya saingnya di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Keterbatasan tanah di sesebuah negara sangat memberi impak negatif dalam mentadbir hal ehwal negara dan mengembangkan ekonominya. Banyak perancangan gagal dilaksanakan kerana ketiadaan tanah dan ruang. Contohnya Singapura, di mana keluasan tanahnya amat terbatas sehingga pemerintah memperkenalkan dasar penjimatan tanah untuk memberi laluan kepada projek-projek yang mempunyai nilai pulangan tinggi dengan meruntuhkan bangunan-bangunan lama yang tidak memiliki nilai sejarah. Bahkan, bangunan yang memiliki nilai sejarah juga tidak terlepas daripada proses penjimatan ini. Dasar ini juga menuntut bangunan yang tidak mempunyai nilai komersial agar dikecilkan ruangnya atau disatukan dengan bangunan lain seperti rumah ibadat. Terdapat saranan untuk menyatukan rumah-rumah ibadat dalam sebuah bangunan bertingkat. Syariat Islam mengiktiraf kepentingan tanah dalam kehidupan manusia dan telah melakarkan undang-undang tanah dengan teliti dan fleksibel seperti ihya’ mawat, wakaf dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keharusan saranan untuk menggabungkan masjid dengan rumah-rumah ibadat lain dengan mengambil kira maslahat masyarakat Islam dan negara. Penulis menggunakan metode induktif dan deduktif dalam mengumpulkan pandangan para fuqaha dan menganalisisnya. Kajian ini telah menghasilkan beberapa natijah, antaranya adalah harus meletakkan masjid dalam sebuah bangunan bertingkat dengan syarat-syarat tertentu.

Keywords