International Journal of Management Studies (Dec 2013)

Pengurusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri: Satu Analisis Persamaan dan Perbezaan Fatwa Tahun 2000–2009

  • Zulfaqar Mamat,
  • Mohd Nasran Mohamad,
  • Hydzulkifli Hashim Omar

Journal volume & issue
Vol. 20, no. 2

Abstract

Read online

Secara umumnya, terdapat dua institusi fatwa yang berpengaruh dan memainkan peranan dalam mengeluarkan fatwa di Malaysia iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditubuhkan pada peringkat Negeri-Negeri di Malaysia. Matlamat kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor persamaan dan juga perbezaan yang wujud dalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua institusi ini dari tahun 2000 hingga 2009 dari aspek penyelarasan fatwa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam usaha menganalisis beberapa keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua institusi fatwa untuk menyingkap persamaan dan perbezaan antara kedua-dua badan tersebut. Kata kunci: Institusi fatwa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK), jawatankuasa fatwa negeri-negeri, penyelarasan fatwa.

Keywords