Jurnal Bahasa (Dec 2023)

Inventori Fonem Dialek Melayu Midai: Analisis Struktural

  • Akhmal Hakim Mohamad,
  • Noor Hasnoor Mohamad Nor

DOI
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no1
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 2
pp. 191 – 224

Abstract

Read online

Kajian ini menekuni bidang fonologi bagi meneliti dialek yang belum pernah mendapat perhatian oleh pengkaji luar, iaitu dialek Melayu Midai (DMM). Dialek Melayu Midai merupakan dialek yang dituturkan di Pulau Midai, kabupaten Natuna, Indonesia. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti inventori fonem dan menganalisis inventori fonem berdasarkan pendekatan struktural seperti yang telah dipelopori oleh Ferdinand de Saussure. Bagi menjayakan kajian, temu bual telah diadakan dengan menggunakan Senarai 230 Kata Morris Swadesh yang telah diubah suai berdasarkan situasi Nusantara untuk menemu bual informan. Dapatan kajian mendapati bahawa DMM mempunyai tujuh fonem vokal yang terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/, dan /ɔ/. Fonem vokal diftong dalam DMM pula sebanyak empat jenis, iaitu /-ai/, /-ui/, /-au/, dan /-oi/. Selain itu, penganalisisan terhadap fonem konsonan pula mendapati bahawa terdapat 21 konsonan dalam DMM yang terdiri daripada konsonan /p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/. Penganalisisan terhadap inventori fonem merupakan satu pendedahan yang baik terhadap DMM yang belum pernah diterokai secara akademik oleh pengkaji luar. Oleh itu, diharapkan bahawa kajian linguistik terhadap DMM akan dapat diteruskan untuk menunjukkan ciri dalam dialek tersebut.

Keywords