Issues in Language Studies (Jun 2022)

Asal Usul Perkataan dalam Bahasa Melayu: Penelitian dari Sudut Etimologi

  • Mohamad NorTaufiq NorHashim,
  • Aniswal Aniswal Abdul Ghani

DOI
https://doi.org/10.33736/ils.4413.2022
Journal volume & issue
Vol. 11, no. 1

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan untuk menentukan asal usul perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu dari sudut etimologi. Data kajian ini diambil daripada Kamus Dewan Perdana (KDP) yang diterbitkan pada tahun 2020. Pemilihan KDP sebagai sumber kajian kerana kamus tersebut merupakan sebuah khazanah bahasa Melayu dan kamus terkini yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini tertumpu kepada lima perkataan, iaitu kata setanggi, bau, salir, kursus, dan kopi. Kajian ini mengaplikasikan kerangka pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003). Hasil kajian menunjukkan bahawa kelima-lima data yang dianalisis merupakan perkataan pinjaman daripada keluarga bahasa Indo-Eropah kerana memiliki kemiripan dari sudut bentuk dan makna. Penelitian dari sudut sejarah juga menjadi bukti bagi memperkukuh dapatan bahawa kelima-lima perkataan yang dipilih merupakan perkataan pinjaman. Kajian seperti ini penting dalam memberikan penjelasan bagi setiap perkataan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu. Pengkajian etimologi ini menyumbang kepada penghasilan sebuah kamus yang terarah kepada etimologi kata pinjaman dalam bahasa Melayu.

Keywords