International Journal of Management Studies (Jun 2006)

Kesan Turun Naik Perdagangan ke atas Penciptaan Guna Tenaga Industri Elektrik dan Elektronik di Malaysia, 1991 – 2001

  • Mohd Yusof Saari,
  • Zakariah Abdul Rashid

Journal volume & issue
Vol. 13, no. 1

Abstract

Read online

Artikel ini mengkaji kesan kejatuhan perdagangan bersih barangan elektrik dan elektronik Malaysia ke atas output dan guna tenaga dalam tempoh 1991- 2001. Kajian mendapati sektor ini sangat penting bukan sahaja dari segi sumbangannya kepada KDNK, eksport dan guna tenaga negara malah rantaian antara industri dalam sektor pembuatan. Lantas kejatuhan dalam perdagangan bersih barangan ini melemahkan kemampuan sektor ini menjana output dan guna tenaga, khususnya berlaku dalam tahun 1994 dan 2000. Artikel ini juga mengkaji kesan kejatuhan perdagangan bersih barangan tersebut ke atas beberapa kategori kemahiran buruh. Keputusan mendapati buruh mahir paling teruk terjejas kerana sektor ini mempunyai intensiti buruh mahir yang sangat tinggi.