Journal of ICT in Education (May 2020)
Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik
Abstract
Bagi mewujudkan minat pelajar dalam pembelajaran, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk menjadikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Kertas konsep ini membincangkan tentang isu Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP), teknik mnemonik, mata pelajaran Sejarah dan teori-teori yang berkaitan. Antara isu yang diketengahkan adalah impak positif penggunaan PBP dalam pembelajaran dan kelebihan teknik mnemonik dalam mengingat pembelajaran. Kajian literatur menunjukkan PBP dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan membantu pelajar lebih bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran seperti perbendaharaan kata, Matematik dan hukum Newton. Namun, kajian ke atas PBP bagi mata pelajaran Sejarah adalah kurang. Justeru itu, kertas konsep ini membincangkan tentang kerangka konsep bagi permainan digital yang melibatkan mata pelajaran Sejarah menggunakan teknik mnemonik. In order to create students' interest in learning, various initiatives by teachers to make the teaching and learning process more fun. This concept paper discusses the issue of Game-Based Learning (GBL), mnemonic techniques, History subjects and related theories. Among the issues raised is the positive impact of the use of GBL in learning and the advantages of mnemonic techniques in remembering learning. Literature research shows GBL can create a fun classroom atmosphere and help students be more motivated and active in learning like Newton's vocabulary, mathematics and law. However, studies on GBL for History subjects are less. Hence, this concept paper discusses the conceptual framework for digital games involving History subjects using a mnemonic technique.
Keywords