Jurnal Bahasa (Jun 2020)

Pengabsahan Mitos Kegagahan Badang melalui Metafora: Analisis Teori Relevans

  • Maizura Osman,
  • Nor Hashimah Jalaluddin

DOI
https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no3
Journal volume & issue
Vol. 20, no. 1
pp. 49 – 78

Abstract

Read online

Mitos yang dicipta melalui metafora mempunyai unsur tersirat untuk tujuan pengabsahan, iaitu mengesahkan kedudukan raja dan kerajaan Melayu sebagai sebuah kerajaan yang hebat dan berdaulat. Mitos ini juga bertindak mengesahkan asal usul raja-raja Melayu sebagai susur galur keturunan yang mulia dan dihormati. artikel ini memberikan fokus pada analisis makna metafora yang disampaikan oleh pengarang Melayu tradisional melalui kisah mitos kegagahan badang. analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan teori Relevans (tR), iaitu Rangka Rujuk Silang (RRS) dan konsep ad hoc. data yang digunakan diambil daripada teks Sulalat al-Salatin (1997). daripada sejumlah 26 data mitos yang dikeluarkan daripada teks, tiga data digunakan dalam analisis ini. dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos kegagahan badang membawa makna pengabsahan terhadap kedaulatan, kemerdekaan dan pengiktirafan yang diterima oleh susur galur raja dan kerajaan Melayu. Kisah yang dianggap mitos dan bersifat selapis ternyata mempunyai lapisan metafora yang tersirat maknanya. Makna sebenar metafora pengabsahan ini hanya dapat diinterpretasikan melalui analisis yang bersifat teoretis dan berpada. Melalui analisis yang dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional mempunyai kebijaksanaan dalam penyampaian mesej secara kiasan melalui mitos yang tersulam bersama sejarah.

Keywords