Jurnal Bahasa (Dec 2023)

Asimilasi Homorganik Nasal Imbuhan PaN- dalam Bahasa Banjar

  • Muhammad Farris Imadi Fuze,
  • Sharifah Raihan Syed Jaafar

DOI
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no4
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 2
pp. 289 – 312

Abstract

Read online

Bahasa Banjar sejenis bahasa yang membentuk kata baharu melalui proses imbuhan (afiksasi). Terdapat pelbagai jenis imbuhan dalam bahasa ini. Sesetengah daripadanya mampu membentuk alomorf atau kelainan bentuk morfologi. Imbuhan paN- merupakan contoh imbuhan yang mampu membentuk alomorf dengan berlakunya perubahan pada segmen nasalnya. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menghuraikan proses perubahan nasal ini. Satu set kata dasar bahasa Banjar telah dibina berdasarkan kamus. Responden kajian diminta untuk menyebut setiap kata ini, dan kata terbitannya yang menerima imbuhan paN-. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan nasal ini dipengaruhi oleh proses asimilasi homorganik nasal. Melalui analisis Teori Optimaliti, didapati bahawa asimilasi nasal ini berlaku bagi mematuhi kekangan yang wujud dalam bahasa ini. Antaranya termasuklah kekangan yang menghalang gugusan segmen heterorganik daripada hadir dalam bentuk terbitan, iaitu SETUJU (KAWASAN). Bagi mematuhi kekangan ini, segmen nasal akan berkongsi titik artikulasi dengan segmen yang berada bersebelahan dengannya. Selain itu, terdapat juga kekangan yang menghalang segmen nasal daripada kehilangan fitur nasalnya, iaitu IDENT-I→O (nasal). Bagi memastikan kekangan ini dipatuhi, posisi koda imbuhan perlu diisi dengan segmen nasal dalam bentuk terbitannya. Kajian ini diharap dapat memberikan implikasi sebagai nilai tambah kepada kajian terdahulu, selain turut menjadi perintis bagi kajian akan datang.

Keywords