Malaysian Journal of Learning and Instruction (Jan 2009)

Pengaruh Kemahiran Generik dalam Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Rodiah Idris,
  • Siti Rahayah Ariffin,
  • Noriah Mohd Ishak

Journal volume & issue
Vol. 6

Abstract

Read online

Kemahiran generik adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal dalam bidang akademik, pekerjaan, dan kehidupan. Kemahiran generik diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam konteks subjek pengajian dan merupakan kemahiran boleh pindah atau transferable skills. Penilaian kemahiran generik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mula diberi fokus apabila Malaysian Qualifi cation Framework (MQF) di laksanakan pada tahun 2006. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh atau petunjuk utama kemahiran generik terhadap kemahiran berfi kiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar. Kajian ini menggunakan Instrumen Kemahiran Generik Pengajian Tinggi (GeSIHE) yang dibina oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Instrumen GeSIHE mengandungi 13 konstruk dengan 102 item dan ditadbirkan kepada 1,262 orang pelajar prasiswazah di 12 fakulti UKM yang dipilih secara rawak berkelompok. Kebolehpercayaan GeSIHE adalah tinggi iaitu dari 0.98 hingga 0.99. Analisis multi-regresi stepwise menunjukkan secara signifi kan kemahiran kepimpinan dalam aspek menghasilkan idea dan sering berinteraksi pada masa yang singkat adalah petunjuk utama menyebabkan pelajar UKM mahir dalam berkomunikasi. Manakala kemahiran pembelajaran sepanjang hayat atau keupayaan pembelajaran sepanjang masa merupakan petunjuk utama yang menyebabkan pelajar university mahir dalam kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah.