Journal of ICT in Education (Dec 2022)
Papan putih interaktif bagi penguasaan kemahiran abad 21 dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Abstract
Penguasaan kemahiran abad 21 daripada peringkat awal pendidikan merupakan satu permulaan yang baik bagi memastikan perjalanan pendidikan yang lebih lancar bagi seorang kanak-kanak. Sektor pendidikan sentiasa dilengkapi dengan teknologi baru untuk memenuhi keperluan pendidikan terkini. Salah satu teknologinya ialah Papan Putih Interaktif. Namun, literatur yang ada masih tidak dapat menjelaskan secara mendalam perkaitan di antara papan putih interaktif dan penguasaan kemahiran abad 21. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji bagaimana penggunaan Papan Putih Interaktif dapat menyokong penguasaan kemahiran abad 21 kanak-kanak prasekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Empat orang guru yang mengajar di tabika KEMAS telah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Data seterusnya dianalisis, diberikan kod, kategori dan sub tema bagi membangunkan tema utama. Dapatan dibahagikan kepada empat tema: 1) merangsang penguasaan kemahiran berkomunikasi; 2) memupuk semangat berkolaborasi; 3) merangsang pemikiran kritikal; dan 4) meningkatkan kreativiti murid. Kajian ini memberi implikasi kepada gaya pengintegrasian papan putih interaktif oleh guru tabika KEMAS. Abstract Proficiency in 21st-Century skills from the early stages of education is a good start to ensure a smoother educational journey for a child. The education sector is always equipped with emerging technology to meet these latest educational needs. One of the technologies is the Interactive Whiteboard. However, the existing literature still does not explain insights into the connection between interactive whiteboards and the proficiency of 21st-century skills. Therefore, this study aims to examine how Interactive Whiteboard can support the proficiency of 21st-century skills of preschool children. This study employs a qualitative design with a case study approach. Four teachers who teach in KEMAS kindergarten were selected as study participants. Data were collected using three data collection methods, namely, interviews, observations, and document analysis. Data were then analysed, coded, categorized, and sub-themed to develop the main theme. Findings are divided into four themes: 1) stimulate communication skills; 2) foster a spirit of collaboration; 3) stimulate critical thinking; and 4) increase student creativity. This study has implications for the interactive whiteboard integration style by KEMAS kindergarten teachers.
Keywords