Jurnal Bahasa (Dec 2023)

Analisis Struktur Interaksi Wacana Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan Teori Analisis Perbualan Liddicoat dan Model Struktur Interaksi Asmah

  • Shamin Sharif,
  • Mohd Khaidir Abdul Wahab

DOI
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no2
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 2
pp. 225 – 258

Abstract

Read online

Dalam konteks negara Malaysia, kajian yang berkaitan dengan struktur interaksi dalam sidang media masih kurang dilakukan. Pada umumnya, sidang media merupakan suatu platform untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Persoalan yang ingin dijawab oleh pengkaji dalam kajian ini ialah sama ada sesuatu sidang media yang dijalankan di Malaysia mempunyai struktur yang tersendiri atau tidak. Oleh itu, terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti struktur interaksi dan membincangkan susunan struktur interaksi yang terdapat dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan cara memuat turun rakaman daripada Youtube dan analisis kandungan teks. Bahan kajian merupakan rakaman sidang media COVID-19 pada 8 Mei 2021 yang ditranskripsikan kepada bentuk tulisan, iaitu dengan mengaplikasikan simbol transkripsi oleh Jefferson (2004). Setiap ujaran yang terdapat dalam transkripsi ini dianalisis dengan menggunakan kerangka Teori Analisis Perbualan oleh Liddicoat (2011) dan Model Struktur Interaksi oleh Asmah (2010). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan aspek struktur interaksi dalam sidang media ini, iaitu pembuka turutan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab, pengambilan giliran, pertindihan, pasangan bersebelahan, pembetulan dan penutup perbualan. Hal ini menunjukkan bahawa kepatuhan pemeran terhadap struktur interaksi dapat melancarkan sesi tanya jawab yang berlangsung, seterusnya membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan tepat. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa sidang media di Malaysia yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan sidang media yang mempunyai struktur tersendiri.

Keywords