Global Journal Al-Thaqafah (Jun 2016)
Program Zikrullah Dan Aktiviti Kerohanian Asas Pembangunan Spiritual Golongan Belia Perlu Perhatian (PP) Dalam Merealisasikan Gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam
Abstract
Gagasan Negara Zikir adalah saranan untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang diberkati kerana keterikatannya dengan Allah dan juga hasrat membentuk masyarakat sentiasa ingat dan taat kepada Allah (s.w.t). Harapan untuk merealisasikan gagasan tersebut tentunya berada di tangan golongan belia yang sememangnya menjadi tunggak harapan pembangunan negara di masa hadapan. Kajian ini dijalankan ke atas kelompok Golongan Belia Perlu Perhatian (PP) untuk mengenalpasti kekerapan golongan belia (PP) ini dalam mengikuti program dan aktiviti amalan kerohanian yang dijalankan di dalam pusat pemulihan dan pusat tahanan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana golongan belia (PP) ini mengambil kepentingan dalam melaksanakan setiap amalan kerohanian. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati kekerapan golongan belia ini mengikuti program dan aktiviti serta purata mengambil kepentingan beberapa amalan zikrullah berada pada tahap sangat sederhana bahkan ianya tersangat minima untuk memenuhi hasrat gagasan Negara Zikir. Justeru itu, perlu kepada beberapa usaha dan pendekatan efektif dalam program dan aktiviti yang disediakan serta mempertingkatkan lagi bentuk amalan zikrullah golongan belia (PP) sebagai asas pembangunan spiritual selaras dengan gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam.
Keywords