Malaysian Journal of Learning and Instruction (Jan 2011)
Faktor Kecerdasan Pelbagai dalam Pembentukan Profil Remaja
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti sumbangan faktor-faktor kecerdasan pelbagai (KP) terhadap lapan kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Gardner. Kajian ini juga bertujuan meninjau perbezaan faktor-faktor kecerdasan pelbagai berdasarkan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran dan SES (Social Economic Status). Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan dan dianalisa secara kuantitatif ke atas 511 pelajar dengan menggunakan instrument MyMICA 2006 (Malaysian Multiple Intelligence Check list for Adult 2006). Analisis regresi linear menunjukkan kecerdasan Visual Ruang memberi sumbangan paling tinggi iaitu 97.8% terhadap kecerdasan Logik Matematik manakala kecerdasan Verbal Linguistik pula memberi sumbangan paling rendah iaitu 22.2% terhadap kecerdasan Muzik. Melalui analisis MANOVA, antara dapatan yang diperoleh ialah terdapat perbezaan yang signifi kan berdasarkan kategori sekolah dalam dua kecerdasan pelbagai iaitu Verbal Linguistik (F = 25.11, p < 0.01) dan Intrapersonal (F = 14.85, p < 0.01). Terdapat juga perbezaan yang signifi kan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu pada dua kecerdasan pelbagai iaitu Muzik (F = 12.82, p < 0.01) dan Kinestatik (F = 9.58, p < 0.01). Implikasi kajian menunjukkan guru dan pentadbir sekolah perlu peka terhadap kecerdasan pelbagai yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru seharusnya mengguna sepenuhnya kemudahan prasarana sekolah untuk mencungkil kecerdasan ini bagi memaksimumkan prestasi pelajar.