Kajian Malaysia (Jan 2007)

PENGALAMAN ANAK DEWASA BERPENDAPATAN RENDAH YANG MENJAGA IBU BAPA TUA: SATU PENDEKATAN BERTERASKAN PENDIDIKAN KOMUNITI (THE EXPERIENCE OF ADULT CHILDREN CARING FOR ELDERLY PARENTS: A COMMUNITY EDUCATION APPROACH)

  • Khadijah Alavi

Journal volume & issue
Vol. 25, no. 2
pp. 55 – 74

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga(anak dewasa) mengharungi pengalaman dan mengurus aktiviti hariandalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatanfenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian ini adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua yang berumur lebih daripada 60 tahun, berbangsa Melayu, berstatus sosioekonomi rendah dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyaikeluarga sendiri. Responden kajian juga dipilih mengikut penjagaanterhadap tiga kumpulan warga tua (yang sihat, kurang upaya dan sakitterlantar) berpaksikan dalam satu kontinum. Hasil kajian mendapatibahawa terdapat lompang antara penjagaan tiga kumpulan warga tuadalam aspek program (penyertaan komuniti dan penyampaianperkhidmatan komuniti) melalui sokongan sosial berteraskan pendidikankomuniti. Kajian ini juga telah mencadangkan sebuah pendekatanpengurusan daya tindak berteraskan pendidikan komuniti untuk anakdewasa yang menjaga ibu bapa tua.

Keywords