International Journal of 'Umrānic Studies (Dec 2022)

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin

  • Nurul Amalina binti Zullkiflee

Journal volume & issue
Vol. 3, no. 2
pp. 47 – 57

Abstract

Read online

25 tahun pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin yang merupakan Sultan Brunei ke-27 tidak lepas daripada pelbagai cabaran. Diangkat menjadi Sultan Brunei pada usia muda merupakan titik tolak permulaan Baginda mengorak langkah mempelajari selok-belok pentadbiran dan pemerintahan yang dilaksanakan oleh dua orang Pemangku Sultan. Mempunyai keyakinan terhadap negeri yang diterajui dan rakyat yang menyembahkan taat setia mendorong Baginda untuk bangkit menyuarakan hak-hak yang sekian lama dinafikan oleh penasihat-penasihat berjawatan Residen. Perpindahan pentadbiran ke tangan Tentera Jepun yang mencanang-canangkan slogan ‘Asia untuk Orang Asia’ yang sekali gus memperkenalkan budaya Jepun yang terpaksa dipelajari dan diamalkan, dan pentadbiran semula oleh British Military selepas kekalahan dan pengunduran Tentera Jepun menambah senarai cabaran yang dihadapi pada zaman pemerintahan Baginda. Justeru itu, artikel berbentuk deskriptif ini akan membincangkan mengenai sejarah latar belakang pemerintahan Negara Brunei Darussalam secara umum, dan diikuti dengan pemfokusan skop kepada peribadi Sultan Ahmad Tajuddin dan zaman pemerintahan Baginda; peristiwa-peristiwa yang Baginda alami dalam memimpin negara dan bangsa Brunei, pembangunan-pembangunan fizikal, semangat cintakan negara yang ditiupkan sehingga munculnya banyak parti yang turut sama memperjuangkan suara untuk mengembalikan hak pemerintahan dan pentadbiran kepada Baginda, di samping usaha Baginda memulakan perancangan untuk menggubal dasar dan gagasan negara iaitu Perlembagaan Negeri Brunei.

Keywords