Global Journal Al-Thaqafah (Nov 2011)

Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor

  • Sarimah Mokhtar,
  • Mohd Kashfi Mohd Jailani,
  • Ab. Halim Tamuri,
  • Kamarulzaman Abdul Ghani

DOI
https://doi.org/10.7187/GJAT072011.01.01
Journal volume & issue
Vol. 1, no. 1
pp. 71 – 77

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan mengenal pasti profil penghayatan akhlak Islam pelajar sekolah menengah di Selangor dari aspek jantina, lokasi sekolah (bandar dan luar bandar) dan kategori sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Teknik / Vokasional (SMT/V). Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan antaranya. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 665 pelajar sekolah menengah di Selangor dengan menggunakan soal selidik ‘Amalan Penghayatan Akhlak Islam’ (IMAP) pelajar Sekolah Menengah yang telah dibina sendiri oleh pengkaji dengan persetujuan sepuluh orang pakar. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor min digunakan. Bagi profil jantina menunjukkan pelajar perempuan dominan dalam ketiga-tiga domain iaitu domain sifat peribadi, domain amalan sosial dan domain amalan agama. Domain antara lokasi sekolah pula menunjukkan kumpulan pelajar dari bandar lebih baik penghayatan akhlak Islam dari pelajar luar bandar. Kedudukan kategori sekolah yang lebih tinggi dari segi penghayatan Akhlak Islam mengikut susunan bermula dari kategori sekolah SMKA, SBP, SABK, SMK dan SMT/V dalam dapatan kajian pengkaji terhadap kesemua domain penghayatan akhlak Islam. Implikasi kajian ini menunjukkan guru dan pentadbir sekolah perlu peka terhadap penghayatan akhlak Islam yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru seharusnya memberi perhatian serius untuk memaksimumkan penghayatan akhlak Islam pelajar bagi semua kategori sekolah.

Keywords